Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, February 17, 2010

Rahsia Solat dari Sudut Sains dan Kesihatan

Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:
AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya.

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahiyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan sahaja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Diet Cara Islam

Tanpa kita sedari, penyakit yang timbul dalam diri kita berpunca daripada makanan yang kita makan setiap hari. Antaranya penyakit kencing manis,
lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan apabila kita
telah tua nanti. Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini, tolonglah
ajarkan kepada yg lain-lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood
kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai
jaga pemakanannya sehari-hari. apa kata kita ikut diet ini. Tak
payahlah susah-susah makan pil untuk kurus. Insyaallah kalau kawan-kawan ikut diet
Rasullullah ini, confirm kawankawan takkan sakit perut ataupun keracunan
makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM
DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... kawan2
cuba la...

Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat ni... Ianya berkesan bila
kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut.

Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. dikuatiri akan cepat
mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang
terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita
boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap
pagi. Kesannya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit
pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzyme sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak
hadam). Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

Kelebihan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah
membuat satu kajian tentang kelebihan solat
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu
cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian
kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah
tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku
pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita
rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti
seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan
semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan
di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan
solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang
didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang
berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan
cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu
bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan
yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai
berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan
yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli
jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh
tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama
ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala
yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin
lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas
dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari
tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat
setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir
seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit
lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh
dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan
memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil
akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran
cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan
untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.
Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran
cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.
Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan
cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang
kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja
kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang
banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan
pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai
dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2
waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang
solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya,
pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses
pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat
dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun
menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,
solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan
cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita
bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa
Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai
hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu
sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan
betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan
hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Ciri-Ciri Planet

Semua planet mengelilingi Matahari pada arah yang sama; melawan jam jika dilihat dari atas kutub utara Matahari. Tempoh satu putaran orbit planet dikenali sebagai satu tahun. Tempoh ini bergantung kepada jaraknya dari Matahari; lebih jauh planet tersebut dari Matahari, lebih jauhlah jarak yang perlu dilaluinya, dan lajunya juga lebih perlahan, kerana graviti Matahari kurang berkesan terhadapnya.

Semua planet juga berputar pada paksi bayangan dipusatnya. Tempoh satu putaran ini dikenali sebagai satu hari. Kebanyakan planet, termasuk Bumi, berputar sambil mengelilingi, mengikut arah lawan jam. Zuhrah sahaja yang berputar mengikut arah jam. Di Zuhrah, Matahari akan kelihatan terbit di barat dan tenggelam di timur. Tempoh satu hari berubah-ubah antara planet. Satu hari di Marikh cuma 37 minit lebih lama dari di Bumi; Zuhrah lebih lama, 243 hari. Semua gergasi gas mempunyai tempoh putaran beberapa jam sahaja.

Planet juga mempunyai kecondongan paksi yang berbeza-beza; mereka membuat suatu sudut pada satah ekliptik (bergerhana). Ini menyebabkan jumlah cahaya matahari yang diterima oleh setiap hemisfera berbeza sepanjang tahun. Oleh itu setiap planet mempunyai musim; perubahan pada iklim di sepanjang tahun. Waktu di mana setiap hemisfera paling jauh/pendek daripada Matahari dipanggil solstis. Setiap planet mempunyai dua solstis setahun. Apabila hemisfera utara mengalami solstis musim panas, apabila siangnya paling panjang, henisfera selatan mengalami solstis musim sejuk, siangnya paling pendek. Kecondongan paksi Musytari amat kecil, jadi perbezaan musimnya amat sedikit; Uranus pula amat condong sehingga boleh dikatakan ia baring, ini bermakna hemisferanya adalah sentiasa siang atau sentiasa malam sekitar waktu solstis.

Dalam Sistem Suria

Rencana utama: Sistem suria

Planet berbatu: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh (saiz mengikut skala)
Empat gergasi gas dibandingkan dengan Matahari: Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun (saiz mengikut skala)

Mengikut takrifan IAU, terdapat lapan planet dalam sistem suria. Planet-planet tersebut serta jarak puratanya dari Matahari adalah seperti berikut (simbol astronomi dalam kurungan):-

1. Utarid ( ☿ ) tiada satelit, 57.9 juta km
2. Zuhrah ( ♀ ) tiada satelit, 108.2 juta km
3. Bumi ( ⊕ ) satu satelit semula jadi, Bulan, 149.6 juta km
4. Marikh ( ♂ ) dua satelit, Phobos dan Deimos, 227.9 juta km
5. Musytari ( ♃ ) enam puluh tiga satelit, 778.3 juta km
6. Zuhal ( ♄ ) lima puluh enam satelit, 1,427.0 juta km
7. Uranus ( ♅ ) dua puluh tujuh satelit, 2,871.0 juta km
8. Neptun ( ♆ ) tiga belas satelit, 4,497.0 juta km

Disebabkan oleh orbit planet yang membujur dalam sistem suria, jarak dan kedudukan planet berbanding kedudukan matahari berubah mengikut kedudukan planet di orbit.

Pembentukan Planet

Rencana utama: Nebula suria

Asal pembentukan planet tidak diketahui dengan pasti. Teori yang lazim ialah mereka terbentuk dari sisa nebula yang tidak memeluwap di bawah graviti untuk membentuk protobintang. Sebaliknya, sisa-sisa ini menjadi cakera protoplanet habuk dan gas yang nipis di sekeliling proto bintang dan mula memeluwap di tumpuan jisim setempat dalam cakera yang dipanggil planetesimal. Tumpuan ini menjadi semakin tumpat sehinggalah mereka runtuh ke dalam akibat graviti dan membentuk protoplanet [4]. Apabila sesebuah planet mencapai diameter yang lebih besar dan bulan Bumi, ia mula mengumpul atmosfera lanjut. Ini meningkatkan kadar penangkapan planetesimal dengan faktor sepuluh kali [5].

Apabila protobintang telah membesar cukup sehingga dapat menyala menjadi bintang, angin surianya meniup kebanyakan bahan lain dalam cakera tersebut. Selepas itu masih banyak protoplanet yang mengorbit bintang atau sesama sendiri, namun selepas beberapa lama kebanyakannya akan berlanggar, sama ada untuk menjadi satu planet yang lebih besar atau hancur untuk diserap oleh protoplanet atau planet lain [6][7]. Jasad-jasad yang cukup besar akan menangkap kebanyakan jirim di sekitar otbitnya untuk menjadi planet. Sementara itu, protoplanet yang tidak berlanggar mungkin menjadi satelit semula jadi planet melalui proses penangkapan graviti, atau kekal dalam lingkaran objek lain untuk menjadi planet kerdil atau badan sistem solar kecil.

Hentaman bertenaga planetesimal kecil akan memanaskan planet yang sedang membesar, menyebabkannya mencair sedikit. Bahagian dalam planet tersebut akan mula dibezakan oleh jisim, membentuk teras yang lebih tumpat. Planet terestrial kecil hilang kebanyakan atmosferanya akibat pembesaran ini, namun gas yang hilang boleh diganti dengan mengeluarkan gas dari mantel dan dari hentaman komet kemudiannya. [8] (Nota: planet kecil boleh kehilangan atmosfera yang terhasil melalui pelbagai cara.)

Dengan penemuan dan pemerhatian sistem planet di bintang lain, penjelasan ini boleh diperincikan lagi, disemak ataupun diganti. Taraf kelogaman kini dipercayai menentukan kemungkinan sesebuah bintang mempunyai planet [9]. Jadi bintang penduduk II difikirkan tidak akan mempunyai sistem planet yang lebih besar berbanding bintang penduduk I.

Teori 'Big Bang' di dalam Al-Quran

"Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.." ( Al-Anbiya' : 30 )

Huraian

Oleh kerana Al-Quran merupakan mukjizat yang membuktikan kebenaran Islam, maka Allah swt mengajak manusia berfikir tentang kebenaran fakta yang disampaikan melalui Rasulullah saw.

Sesiapa yang mengkaji kebenaran pernyataan Al-Quran, pasti akan menemui Islam sebagai pegangan hidupnya.

Sebagai contohnya ialah teori 'big bang'.

Syaikh Tantawi Jauhari melalui kitabnya Al-Jawahir yang ditulis sekitar tahun 1920-1930 menyebut :

"Apa yang dijelaskan oleh Al-Quran, langit yang banyak dan bumi ini termasuk matahari, bintang-bintang dan segala alam yang ada di dalamnya, semuanya bercantum padu sebelum ini, kemudian Allah swt pisahkan kesemuanya. Ayat ini adalah mukjizat yang membuktikan kebenaran Al-Quran, kerana ilmu berkenaan perkara ini hanya diketahui pada hari ini"
Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat ( cosmix explotion ) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'.

Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya.

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.

Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini.

Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori 'big bang'. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.
Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti satu letupan besar kerana letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.

Wallahu a'lam.

Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah.

Tuesday, February 16, 2010

Planet

Sebuah planet ditakrifkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), suatu badan sains rasmi dalam hal astronomi, sebagai jasad cakerawala yang:

Dalam sistem suria[1]

(a) dalam orbit mengelilingi Matahari;
(b) mempunyai jisim yang cukup untuk graviti-sendiri melawan daya tarikan jasad tegar sehingga ia mencapai bentuk keseimbangan hidrostatik (hampir bulat); dan
(c) melepasi orbit kawasan kejiranannya; atau

Dalam sistem najam lain:[2]

(i) dalam orbit mengelilingi bintang atau sisanya;
(ii) membunyai jisim di bawah batas jisim untuk pelakuran termonuklear deuterium; dan
(iii) mempunyai jisim/saiz lebih besar daripada takat minimum yang diperlukan untuk dikira sebagai planet dalam sistem suria.

IAU belum membuat keputusan sama ada objek berjisim planet yang telar terkeluar dari sistem suria dipanggil planet atau tidak. Ini kerana pendirian mengenai planet dalam sistem suria baru diputuskan dalam Perhimpunan Agung IAU 2006, tetapi pandangan mengenai planet luar suria masih menggunakan takrifan tidak rasmi pada 2003. Oleh itu, ia mungkin bertukar dalam masa terdekat.


Sebelum persetujuan resolusi pada 2006, tidak terdapat takrifan perkataan "planet" secara rasmi, walaupun untuk sistem suria. Oleh sebab itu, sistem suria telah mempunyai berbagai bilangan planet sebelum ini. Namun, takrifan rasmi ini masih belum diterima meluas oleh komuniti astronomi sendiri apatah lagi masyarakat umum.

Di bawah takrifan rasmi ini, sistem suria mempunyai lapan planet: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Manakala jasad yang cuma memenuhi syarat (a) dan (b) sahaja, dan bukan merupakan satelit semula jadi, dipanggil planet kerdil: Ceres, Pluto dan Eris. Sehingga kini, lebih daripada 200 planet lain telah ditemui.

Sejarah

Perkembangan dalam astronomi bererti Matahari dan Bulan bukan lagi planet, dan penambahan ahli-ahli baru dalam sistem suria. Walaupun "planet" sebelum ini dianggap sebagai objek besar yang mengelilingi Matahari (atau, kemudiannya mana-mana bintang), tidak terdapat takrifan planet secara saintifik. Sejak penerimaan model heliosentrik di atas model geosentrik, bilangan planet dalam sistem suria sentiasa berubah, bergantung kepada budaya dan ijmak saintifik:

Apabila objek Ceres, Pallas, Juno dan Vesta ditemui mengorbit di antara Marikh dan Musytari semasa awal 1800-an, mereka diisytiharkan dan diterima sebagai planet, dan ini kekal buat beberapa lama. Namun apabila semakin banyak objek ditemui di kawasan yang sama, mereka dikelaskan sebagai asteroid, berserta dengan saudara mereka di orbit yang sama. Saiz Ceres yang lebih besar dan kebulatannya menyebabkan ia dikemukakan untuk layak menjadi planet kembali, namun pada 2006 ia diletakkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) dalam kategori baru planet kerdil.

Senario yang serupa dihadapi Pluto. Ia pertama kali ditemui pada 1930 dan diterima IAU sebagai planet kerana disangkakan sebesar Bumi. Walau bagaimanapun, pemerhatian selanjutnya mendapati bahawa Pluto sebenarnya jauh lebih kecil, malah tidak sebesar Bulan. Selepas banyak lagi jasad baru ditemui melampaui Neptun semasa 1990-an dan awal 2000-an, IAU memutuskan untuk mengelaskan semula Pluto sebagai planet kerdil pada 2006.

Salah satu objek ini ialah Eris, yang penemuannya pada 2003 diwarwarkan dalam blog, jurnal dan media utama sebagai "planet ke-10", walaupun IAU tidak pernah menerimanya secara rasmi. Ramai yang melobi supaya Eris dijadikan planet, tetapi selepas perdebatan panjang ia menyertai Ceres dan Pluto sebagai planet kerdil.

Pembentukan planet

Rencana utama: Nebula suria

Asal pembentukan planet tidak diketahui dengan pasti. Teori yang lazim ialah mereka terbentuk dari sisa nebula yang tidak memeluwap di bawah graviti untuk membentuk protobintang. Sebaliknya, sisa-sisa ini menjadi cakera protoplanet habuk dan gas yang nipis di sekeliling proto bintang dan mula memeluwap di tumpuan jisim setempat dalam cakera yang dipanggil planetesimal. Tumpuan ini menjadi semakin tumpat sehinggalah mereka runtuh ke dalam akibat graviti dan membentuk protoplanet [4]. Apabila sesebuah planet mencapai diameter yang lebih besar dan bulan Bumi, ia mula mengumpul atmosfera lanjut. Ini meningkatkan kadar penangkapan planetesimal dengan faktor sepuluh kali [5].

Apabila protobintang telah membesar cukup sehingga dapat menyala menjadi bintang, angin surianya meniup kebanyakan bahan lain dalam cakera tersebut. Selepas itu masih banyak protoplanet yang mengorbit bintang atau sesama sendiri, namun selepas beberapa lama kebanyakannya akan berlanggar, sama ada untuk menjadi satu planet yang lebih besar atau hancur untuk diserap oleh protoplanet atau planet lain [6][7]. Jasad-jasad yang cukup besar akan menangkap kebanyakan jirim di sekitar otbitnya untuk menjadi planet. Sementara itu, protoplanet yang tidak berlanggar mungkin menjadi satelit semula jadi planet melalui proses penangkapan graviti, atau kekal dalam lingkaran objek lain untuk menjadi planet kerdil atau badan sistem solar kecil.

Hentaman bertenaga planetesimal kecil akan memanaskan planet yang sedang membesar, menyebabkannya mencair sedikit. Bahagian dalam planet tersebut akan mula dibezakan oleh jisim, membentuk teras yang lebih tumpat. Planet terestrial kecil hilang kebanyakan atmosferanya akibat pembesaran ini, namun gas yang hilang boleh diganti dengan mengeluarkan gas dari mantel dan dari hentaman komet kemudiannya. [8] (Nota: planet kecil boleh kehilangan atmosfera yang terhasil melalui pelbagai cara.)

Dengan penemuan dan pemerhatian sistem planet di bintang lain, penjelasan ini boleh diperincikan lagi, disemak ataupun diganti. Taraf kelogaman kini dipercayai menentukan kemungkinan sesebuah bintang mempunyai planet [9]. Jadi bintang penduduk II difikirkan tidak akan mempunyai sistem planet yang lebih besar berbanding bintang penduduk I.

Dalam Sistem Suria

Rencana utama: Sistem suria
Planet berbatu: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh (saiz mengikut skala)
Empat gergasi gas dibandingkan dengan Matahari: Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun (saiz mengikut skala)

Mengikut takrifan IAU, terdapat lapan planet dalam sistem suria. Planet-planet tersebut serta jarak puratanya dari Matahari adalah seperti berikut (simbol astronomi dalam kurungan):-

  1. Utarid - tiada satelit, 57.9 juta km
  2. Zuhrah - tiada satelit, 108.2 juta km
  3. Bumi - satu satelit semula jadi, Bulan, 149.6 juta km
  4. Marikh - dua satelit, Phobos dan Deimos, 227.9 juta km
  5. Musytari - enam puluh tiga satelit, 778.3 juta km
  6. Zuhal - lima puluh enam satelit, 1,427.0 juta km
  7. Uranus - dua puluh tujuh satelit, 2,871.0 juta km
  8. Neptun - tiga belas satelit, 4,497.0 juta km

Disebabkan oleh orbit planet yang membujur dalam sistem suria, jarak dan kedudukan planet berbanding kedudukan matahari berubah mengikut kedudukan planet di orbit.

Astronomi

Astronomi dari segi bahasa etmologi membawa maksud peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi. Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.

Astronomi merupakan beberapa cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menjumpai dan mencerap phenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planet dan bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains.